Remaja yang hilang di Bukit Broga ditemui dalam keadaan selamat.

Astro Awani
Januari 28, 2017 13:47 MYT
Mohd Azrul Mukhris Abd Rahman ditemui selamat kira-kira pukul 11.30 pagi. - Gambar JBPM Selangor
Seorang remaja lelaki berusia 21 tahun yang hilang di Bukit Broga, Semenyih sejak Ahad lalu ditemui dalam keadaan selamat oleh sukarelawan pendaki kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Astro AWANI.
"Ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan lemah tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Dalam kejadian 6 petang Ahad lalu, Mohd Azrul Mukhris Abd Rahman ke bukit berkenaan bersama-sama lima lagi rakannya sebelum dilaporkan hilang.
#bukit boroga #hilang #Jumpa #remaja #Semenyih
;