Remaja perempuan rakam insiden kematian George Floyd menang Anugerah Khas Pulitzer

Bernama
Jun 12, 2021 16:45 MYT
Seorang lelaki dilihat berjalan di hadapan gambar George Floyd. Foto: Keith Birmingham/Orrange County Register via ZUMA/dpa/BERNAMA
WASHINGTON: Video insiden lelaki Afrika-Amerika George Floyd yang maut akibat tindakan kejam seorang pegawai polis yang dirakam remaja perempuan Darnella Frazer menerima anugerah khas Hadiah Pulitzer 2021.
Perkara itu diumumkan di Columbia University, New York City pada Jumaat.
Menurut Sputnik, jawatankuasa itu menyatakan Frazer menerima anugerah khas itu atas "keberaniannya merakamkan pembunuhan George Floyd, sekali gus mencetuskan bantahan terhadap kekejaman polis di seluruh dunia, ia juga menunjukkan pentingnya peranan masyarakat dalam membantu menegakkan kebenaran dan keadilan. "
-- BERNAMA
#George Floyd #Afrika-Amerika #Anugerah Khas Hadiah Pulitzer 2021 #Columbia University #New York City #Darnella Frazer
;