Remaja perempuan maut tersepit kemalangan dengan lori
Vivi Sumanti
September 15, 2019 18:14 MYT
September 15, 2019 18:14 MYT
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas kenderaan yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kampung Gong Mengkelih, Pasir Puteh, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam Sabtu, mangsa yang maut dikenali sebagai Nursyifa Imani Basharudin dari Perak.
Tiga lagi mangsa turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.
Difahamkan kereta jenis Proton Gen2 yang dipandu oleh salah seorang daripada mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Zamani Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10:28 malam dan seramai enam anggota telah bergegas ke lokasi kejadian.
"Bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit, kami menggunakan peralatan 'rescue tool' dan kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala salah seorang mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis.
"Operasi menyelamatkan kesemua mangsa tersepit tamat pada jam 11.50 malam," katanya.
#BBP Pasir Puteh
#Kampung Gong Mengkelih
#kemalangan maut
#maut tersepit
#Proton Gen2
#Remaja perempuan