Remaja perempuan lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Balau

Bernama
Julai 6, 2016 20:41 MYT
Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat. - Gambar hiasan
Seorang remaja perempuan mati lemas ketika mandi bersama keluarga dan jirannya di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata mangsa Mok Hiu Wen, 18, datang berkelah di pantai itu sejak 8 pagi bersama keluarga dan jirannya.
Selepas puas mandi-manda, kesemua mereka makan tengah hari dan mangsa bersama adiknya kemudian turun semula ke pantai untuk mandi sebelum lemas.
Adik mangsa berjaya diselamatkan orang awam tetapi mangsa gagal diselamatkan dan hilang dibawa arus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar yang menjalankan usaha mencari menemui mayat mangsa terdampar kira-kira 15 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang ketika mandi kira-kira 3.50 petang.
Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.
#Bandar Penawar #eorang remaja perempuan mati lemas ketika mandi bersama keluarga dan jirannya di Pantai Tanjung Balau #Kota Tinggi pada Rabu #Rahmat Othman
;