Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas disimbah asid oleh seorang lelaki misteri di sebuah premis makanan berhampiran Towering, Jalan Penampang dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata mangsa yang dikenali sebagai Memey Kandusan, 19, meninggal dunia kira-kira 11.20 pagi ini selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth.
"Difahamkan mangsa sedang bersarapan di kedai berkenaan bersama dua rakannya sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, pada kira-kira pukul 5.30 pagi.
"Suspek yang memakai topi itu dikatakan bertindak melempar sejenis cecair dipercayai asid ke bahagian muka mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Menurutnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
Bernama
Sat Apr 19 2014
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
Shahril jumpa pakar bedah esok, akan maklum perkembangan Faisal
Faisal cedera selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali minggu lalu dan semakin beransur pulih.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Doktor sedang kenal pasti jenis asid disimbah kepada Faisal
Hamidin berkata, doktor mahu melihat sejauh mana kekuatan asid itu.
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
Terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.
Pasangan suami isteri cedera disimbah asid
Sepasang suami isteri cedera manakala anak lelaki mereka terselamat apabila disimbah asid oleh seorang wanita semasa memasuki lif di sebuah pangsapuri di Batu Caves, Gombak, dekat sini.
Kebocoran bahan kimia dari lori tangki di Lebuhraya PLUS
Pasukan ERT dari syarikat Malay-Sino Chemicals Industries Sdn Bhd telah sampai di lokasi kejadian dan menjalankan kerja-kerja pemindahan bahan kimia.
Wanita 'marah-marah' baling asid ke arah polis, anak saudara
Seorang wanita yang merupakan anak saudara suspek telah menghubungi polis memaklumkan ibu saudaranya berusia 51 tahun itu dalam keadaan marah sebelum dia menjadi agresif.
Orang awam gempar, lelaki disimbah asid di Jalan Raja Chulan
Seorang lelaki disimbah cecair dipercayai asid di Jalan Raja Chulan ibu negara lewat petang tadi.
Lelaki disimbah asid kerana tolak cinta
Gara-gara cintanya ditolak, seorang remaja perempuan di Bangladesh nekad melempar asid pada wajah rakan lelakinya.
Enam cedera dalam serangan bahan kimia beracun di London
Enam orang dilaporkan cedera selepas disembur bahan kimia beracun dan dipercayai asid di sebuah pusat membeli-belah, Stratford Centre ke timur London pada Sabtu.