Remaja perempuan dakwa dicabul ahli politik Perlis

Sinar Harian
Oktober 29, 2018 15:02 MYT
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi MyWatch, Datuk Sri R Sanjeevan di laman Twitternya, malam tadi. - Gambar hiasan
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun membuat laporan polis selepas dikatakan dicabul seorang ahli politik di Perlis.
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi MyWatch, Datuk Sri R Sanjeevan di laman Twitternya, malam tadi.
Sanjeevan berkata, laporan itu dibuat pada 20 Oktober lalu kira-kira jam 11.30 pagi di Kangar.

Kejadian kanak2 berusia 15 tahun DICABUL ini oleh seorang Ahli Parlimen adalah sangat serius dan sy harap @PDRMsia akan menjalankan satu siasatan yang telus dan teliti. Harap tidak ada cubaan utk "cover up kerana ia melibatkan VVIP yg merupakan seorang bekas Menteri. @AzisJamman

— Dato' Sri Sanjeevan (@SanjeevanSS) October 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan, Sanjeevan juga turut mendedahkan suspek tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut.
“Siasatan kes itu sedang dijalankan,” katanya ringkas.
#ahli politik #mangsa #MyWatch #politik #R Sanjeevan #suspek
;