Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah meninggal dunia

Astro Awani
Oktober 14, 2015 15:19 MYT
Firdaus ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus tahun lalu. - Gambar Fail
Remaja Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus tahun lalu, disahkan telah meninggal dunia.
Memetik laporan Berita Harian, Firdaus meninggal dunia selepas diserang sawan tengah hari tadi.
Firdaus dilaporkan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Penemuan Firdaus pada Jun tahun lalu menggemparkan negara kerana ditemui dalam keadaan menyayat hati di kediaman keluarganya di Taman Semarak, Nilai. Dia ditemui oleh pasukan Imigresen yang menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan tersebut.
Firdaus kemudiannya ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban, manakala ibunya, Lolanopita Sadi, 41, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 kerana kesalahan mengabaikan anaknya.
#Muhammad Firdaus Dullah
;