Remaja OKU ditemukan lemas dalam tasik buatan

Bernama
Jun 21, 2024 23:54 MYT
JBPM Kelantan menerima panggilan kejadian pada 6.43 petang dan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh digegaskan ke lokasi. - FB JBPM Negeri Kelantan
KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 17 tahun ditemukan lemas di dalam sebuah tasik buatan dekat Kampung Tiong Dalam, di sini hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kejadian pada 6.43 petang dan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh digegaskan ke lokasi.
"Sampai di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa lemas lelaki OKU ditemukan oleh orang awam, sebelum ketibaan pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan," menurut kenyataan itu.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
#OKU #tasik buatan #meninggal dunia #JBPM
;