Remaja maut motosikal terbabas langgar tiang

Sinar Harian
April 5, 2022 11:20 MYT
Motosikal mangsa remuk selepas terlibat dalam kemalangan maut itu. (Gambar kecil: Muhammad Haziq)
ALOR GAJAH: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi terbabas dan melanggar tiang papan tanda "Awas" di Jalan Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di sini pada malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Muhammad Haziq Md Affandi,19, yang juga pekerja kilang telur di Batu Berendam dipercayai dalam perjalanan dari arah Pengkalan Balak ke Kuala Sungai Baru.
"Kemalangan berlaku apabila mangsa yang beralamat di Felda Palong Timur 3, Batu Anam Johor dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang itu yang terletak di bahu jalan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Jelas beliau, akibat nahas itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
#Jalan Telok Gong #Arshad Abu #Muhammad Haziq Md Affandi #langgar tiang papan tanda
;