Remaja maut dalam nahas babitkan treler bawa batu-bata
Aida Aziz
November 9, 2019 18:41 MYT
November 9, 2019 18:41 MYT
Seorang pemandu lelaki maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah treler muatan batu-bata dan sebuah kereta jenis Proton Saga, selepas simpang Karai di sini hari ini.
Mangsa, Mohd Firdaus Abd Rahman, 19, yang merupakan pemandu kereta Proton Saga maut di lokasi kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu pada pukul 2.01 petang.
"Kemalangan jalan raya itu terjadi selepas simpang Karai, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler dengan muatan batu-bata dan sebuah kereta Proton Saga.
"Ia mengakibatkan seorang pemandu kereta berumur 19 tahun tersepit dan maut di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Susulan itu katanya, anggota bertindak menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba, Mat Radzi Mat Zin itu tamat pada pukul 2.50 petang.
#kemalangan
#lelaki
#mangsa
#Mat Radzi Mat Zin
#maut
#operasi
#polis
#Proton
#Proton Saga
#Sungai Siput