Remaja mati lemas ketika mandi air terjun
Sinar Harian
Februari 4, 2024 14:58 MYT
Februari 4, 2024 14:58 MYT
LAHAD DATU: Perkelahan sekumpulan remaja di kawasan rekreasi air terjun di kawasan hutan di sini bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripadanya lemas pada Ahad.
Mohd Syaiful Romeo, 18, dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh pihak bomba sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.45 pagi.
Menurutnya, seramai lapan anggota dikejar ke kawasan hutan milik Jabatan Perhutanan yang terletak sejauh 21 kilometer dari BBP Lahad Datu.
"Difahamkan mangsa ke tempat rekreasi itu bersama rakannya untuk mandi di kawasan air terjun tersebut.
"Bagaimanapun, ketika kejadian dua rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi gagal.
"Mangsa hanya berjaya ditarik keluar dari air terjun tersebut oleh pegawai Jabatan Perhutanan yang ada di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Pasukan bomba dan kakitangan Jabatan Perikanan seterusnya bertindak membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia. Operasi ditamatkan pada jam 1.10 tengah hari," katanya. -Sinar Harian