Remaja Malaysia kini lebih terbuka soal seks berbanding generasi terdahulu
Suganthi Suparmaniam
Ogos 8, 2016 07:48 MYT
Ogos 8, 2016 07:48 MYT
Nampaknya, remaja Malaysia hari ini lebih terbuka dalam soal seks dan masalah kesihatan seks berbanding generasi terdahulu.
Pakar sakit tuan Dr Mohd Ismail Mohd Tambi berkata, kini lebih ramai generasi muda yang datang untuk mendapatkan maklumat berkenaan isu-isu seksual yang suatu masa dahulu dianggap tabu.
Ditanya sama ada ini merupakan suatu trend yang membimbangkan, Dr Mohd Ismail berkata ini menunjukkan generasi kini mempunyai kesedaran yang lebih tentang seksualiti mereka dan kesihatan seksual.
“Ada juga pasangan yang belum berkahwin tetapi mahu mendirikan rumahtangga, datang berjumpa saya untuk membincangkan isu-isu seksualiti dan kesiahatan seksual,” katanya.
“Ramai juga yang datang bertanyakan tentang penyakit berjangkit seksual,” katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Astro AWANI.
Dr Mohd Ismail berkata, remaja and pelajar yang datang berjumpanya banyak menyuarakan kebimbangan mereka tentang kesuburuan, penyakit berjangkit dan sebagainya.
“Kebanyakan remaja ini pernah mengadakan hubingan seks bersama wanita tau lelaki yang lebih tua daripada mereka. Ada juga yang liar sewaktu remjaa dahulu dan kini bimbang tentang kesihatan seksual mereka,” katanya lagi.
Dr Mohd Ismail berkata, ada juga yang menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp bertanyakan tentang isu-isu seksual mereka sebelum membuat temu janji untuk bertemunya untuk rawatan selanjutnya.
“Dalam sehari, saya menerima lebih kurang 200 pesanan daripada orang ramai, rakan-rakan bertanyakan tentang kesihatan seksual mereka,” katanya lagi.
“Ada yang bertanya tentang alat sulit, bentuknya, waktu subur dan pelincir,” katanya lagi.