Remaja Malaysia hilang ditemukan selamat di Perth
Bernama
Oktober 23, 2015 08:41 MYT
Oktober 23, 2015 08:41 MYT
Seorang remaja orang kurang upaya dari Malaysia yang dilaporkan hilang pada Isnin semasa melawat Perth ditemukan dalam keadaan selamat.
Polis menemukan Lee Guang Yam Lee, 15, pada kira-kira 1.50 pagi pada Rabu, di kawasan pinggir bandar Leederville di Perth, menurut laporan Perth Now.
Tidak diketahui bagaimana Lee bergerak dari Wilson, tempat remaja itu berada pada awalnya, ke Leederville di bahagian lain bandar raya itu.
Keluarga remaja itu berkata anak mereka telah mengetuk pintu rumah-rumah di situ tetapi tidak menerima sebarang respons.
Remaja itu kemudian memutuskan untuk tidur di kaki lima kedai yang diterangi cahaya lampu.
Remaja itu kemudiannya ditemukan oleh seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan kepada polis.