Remaja lelaki terjatuh ke dalam tali air ditemukan lemas

Bernama
Oktober 10, 2024 15:20 MYT
Mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 11.30 pagi. Gambar kecil: Muhammad Aqif
KOTA BHARU: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Kalong, Ketereh, di sini, semalam, ditemukan lemas pada 11.40 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Remaja lelaki berusia 13 tahun, Muhammad Aqif Aisar Azrie Faisal, ditemukan lemas pada 11.40 pagi tadi setelah terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Kalong, Ketereh.
  • Mayat mangsa ditemukan oleh pasukan bomba dan penduduk kampung kira-kira 150 meter dari tempat dia terjatuh.
  • Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh Hamdam Mamat berkata mayat mangsa ditemukan oleh pasukan bomba dan penduduk kampung kira-kira 150 meter dari tempat mangsa terjatuh.
Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Aqif Aisar Azrie Faisal berasal dari Kampung Lubuk Besar, Ketereh.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan mangsa terjatuh ke dalam tali air itu kira-kira 5 petang semalam.
-- BERNAMA
#Muhammad Aqif Aisar Azrie Faisal #remaja lemas #Tali air #Kampung Pangkal Kalong Ketereh
;