Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Cerul

Astro Awani
Mei 7, 2020 10:14 MYT
Operasi mencari dan menyelamat Muhamad al Hadi Samsuri berjalan sejak semalam. -JBPM
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Cerul, Kemaman.
Mangsa Muhamad al Hadi Samsuri, 13, telah pergi ke sungai berkenaan bersama abangnya kira-kira jam 3 petang Rabu.
Bagaimanapun, ketika sedang bermain, mangsa dikatakan tergelincir ke dalam sungai.
Abangnya cuba untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal.
Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata sejurus menerima maklumat, seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, pihaknya telah melakukan pencarian di tebing sungai dengan menggunakan bot.
Beliau berkata radius pencarian merangkumi jarak 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.
#Azman Alias #Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu #Muhamad al Hadi Samsuri #remaja lelaki dikhuatiri lemas #Sungai Cerul #tergelincir ke dalam sungai
;