Remaja lelaki dikhuatiri lemas dihanyutkan arus di Rompin

Bernama
Ogos 24, 2023 23:47 MYT
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus dipercayai ketika mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, hari ini.
KUANTAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus dipercayai ketika mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan mangsa Mohd Iman Daniel Azri, 14, yang beralamat di Felda Keratong 4, Rompin sekitar 5.30 petang tadi.
Beliau berkata, menurut maklumat daripada rakan mangsa, remaja itu dihanyutkan arus semasa mereka mencari kepah di sungai berkenaan.
Katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah dijalankan melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.
"Bagaimanapun, operasi SAR ditangguhkan pada 8.30 malam dan akan disambung esok," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
-- BERNAMA
#remaja dikhuatiri lemas #dihanyut arus #Sungai Lubuk Batu #cari kepah #Rompin
;