Remaja lelaki alami kecelaruan minda dikhuatiri hilang di Gerik

Abd Razak Mohd Ali
Jun 21, 2023 07:40 MYT
Operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki yang hilang di Gerik sejak semalam diteruskan pagi ini di kawasan kebun getah di mana motosikalnya ditemui. - Foto JBPM Perak
GERIK: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai mengalami kecelaruan minda dari Kampung Tanjung Sejarah, Tawai, dekat sini, dikhuatiri hilang sejak semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan itu pada jam 1.33 pagi ini.
Menurutnya, kali terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam, sekitar jam 9 pagi.
“Pada jam 6 petang, keluarga mangsa telah mencari mangsa dan menjumpai motosikal yang dibawa di dalam kebun getah,” katanya di sini.
Menurutnya lagi, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik telah membuka pos kawalan di lokasi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pagi ini.
#remaja hilang #kecelaruan minda #Gerik #kebun getah
;