Remaja hanyut di Sungai Lembing ditemui lemas
Azee Shafy
Mei 7, 2022 20:38 MYT
Mei 7, 2022 20:38 MYT
KUANTAN: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai hilang selepas hanyut di Kawasan Rekreasi dan Perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing semalam, ditemukan lemas kira-kira jam 6.10 petang Sabtu.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, mangsa, Amirun Mohamad yang berbaju hitam dan berseluar pendek telah dijumpai sejauh 6.2 kilometer dari lokasi mangsa mandi.
"Operasi mencari dan menyelamat dilaksana dengan bantuan Unit Anjing Pengesan K9 dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), juga disertai oleh pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan Jabatan Amal serta orang awam.
"Operasi tertumpu pencarian secara 'surface searching' sejauh lebih enam kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang," katanya.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
#remaja lemas
#Sungai Lembing
#ditemui lemas
#Amirun Mohamad
#Kawasan Rekreasi dan Perkelahan Pasir Puteri
#bomba pahang
#hanyut