Remaja hampir putus dua jari akibat mercun bola

Sinar Harian
Mac 17, 2025 16:20 MYT
Ibu tiri mangsa berkata, kejadian itu hanya disedari pada Sabtu sekitar jam 11.30 pagi selepas remaja berkenaan mengadu sakit kepala dan tidak dapat bangun untuk bersahur. - Gambar/ Sinar Harian
MACHANG: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hampir putus dua jari selepas dipercayai terkena letupan mercun bola yang tidak sempat dilempar dalam kejadian di Batu 23, Jalan Sawmill, Labok, di sini, pada Jumaat.
Ibu tirinya, Siti Zuraini Mohamed, 24, berkata, kejadian itu hanya disedari pada Sabtu sekitar jam 11.30 pagi selepas remaja berkenaan mengadu sakit kepala dan tidak dapat bangun untuk bersahur.
"Pagi itu, kami cuba mengejutkannya dan masuk ke dalam bilik sebelum ternampak tompokan darah di atas tilam," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurutnya, segera memeriksa keadaan anaknya dan mendapati jari telunjuk serta jari tengahnya cedera teruk.
"Anak kedua daripada lima beradik itu segera dibawa ke Hospital Machang sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, untuk rawatan lanjut," katanya.
Siti Zuraini berkata, anak tirinya itu kini sudah memasuki hari ketiga menerima rawatan di hospital. - Sinar Harian
#mercun bola #Putus Tangan #Ramadan #Aidilfitri
;