Remaja dipercayai baru lahirkan anak ditemui mati

Bernama
Oktober 14, 2018 05:06 MYT
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
Seorang remaja perempuan dipercayai baru melahirkan bayinya ditemukan mati bersama bayinya di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Tenggara di sini pada Ahad.
Difahamkan, remaja berumur 18 tahun itu dipercayai meninggal dunia selepas melahirkan bayi berkenaan kira-kira pukul 2 petang.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian itu dan menjalankan siasatan mengenai kematian itu.
Katanya, mayat kedua-duanya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat hari ini.
-- BERNAMA
#bayi #bilik air #kerian #mati #mayat #melahirkan #parit buntar #remaja #Taman Tenggara
;