Remaja dilapor diculik di Cheras ditemui selamat

Madiha Abdullah
September 22, 2016 07:27 MYT
Darleen dikatakan diculik dua lelaki bermotosikal. - Sumber Foto Facebook
Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan diculik dua lelaki pagi tadi, ditemui selamat.
Menurut laporan Berita Harian, Nur Darleen Dazeera Azhar, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu ditemui orang ramai sedang berjalan bersendirian berhampiran pasaraya AEON Big, yang terletak kira-kira tiga kilometer daripada rumahnya.
Darleen kemudiannya ditemani orang ramai untuk pulang ke rumahnya jam 2.30 petang tadi.

Nur Darleen Dazeera (bertudung merah jambu) ditenangkan anggota keluarganya pic.twitter.com/qrrTeCj9En

— BERNAMA (@bernamadotcom) September 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

[Video] Suasana ketika Nur Darleen Dazeera dibawa pulang ke rumah keluarganya pada 2.20 petang pic.twitter.com/urNdRYYNV9

— BERNAMA (@bernamadotcom) September 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Remaja itu sebelum ini dilaporkan ditarik dua lelaki bermotosikal, ketika sedang menunggu van di hadapan rumahnya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi.
Berita Harian melaporkan, bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin memberitahu, kejadian disaksikan pemandu van dan rakan-rakannya, namun tidak sempat berbuat apa-apa.
Gambar Darleen lengkap berpakaian sekolah, disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan di laman sosial, sejak pagi tadi.
#culik #hilang #Nur Darleen Dazeera Azhar