Remaja 17 tahun antara 30 individu dicekup terlibat judi haram
Rohana Wahed
Mei 21, 2018 17:27 MYT
Mei 21, 2018 17:27 MYT
Remaja berusia 17 tahun antara 30 orang ditahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1958 kerana terlibat aktiviti perjudian haram.
Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, kesemua suspek diberkas di 21 lokasi berasingan.
"Suspek berusia 17 hingga 30-an ditahan di beberapa pusat judi haram di bandar Miri, Kuching, Padawan, Kota Samarahan, Bau, Bintulu termasuk Srj Aman, " katanya di sini hari ini.
Dalam serbuan yang sama, polis kata Dennis turut merampas wang tunai berjumlah RM3,045 termasuk 30 unit telefon pintar, pelbagai alat tulis dan dua komputer riba juga slip perjudian.
#akta rumah judi terbuka
#judi haram
#Ketua Siasatan Jenayah Negeri
#perjudian haram
#pusat judi haram