Remaja 15 tahun ditemui maut dalam longkang
Fadilah Sulaiman
Disember 14, 2023 11:00 MYT
Disember 14, 2023 11:00 MYT
KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemui maut selepas dipercayai terhumban ke dalam longkang di Jalan Kampung Pemindahan, Marudi pada pagi Khamis.
Mangsa, yang identitinya disahkan sebagai Calroney Charlse, 15 tahun, ditemui terbaring di dalam longkang berkenaan oleh orang awam, yang kemudiannya memaklumkan kepada Balai Bomba Marudi sekitar jam 7.20 pagi.
Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah, sepasukan anggota daripada balai berkenaan telah dikejarkan ke lokasi dan bertindak mengeluarkan remaja tersebut dari longkang berkenaan.
“Mangsa yang berketurunan Iban itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hopital Marudi,” katanya.
Mayat mangsa, kata Henderi, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Siasatan masih dilakukan oleh pihak polis untuk mengenal pasti punca kejadian berikutan mangsa ditemui bersama sebuah motosikal.