Remaja 15 tahun cedera tangan tertusuk besi pagar
Bernama
Jun 3, 2019 17:42 MYT
Jun 3, 2019 17:42 MYT
Seorang remaja lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam apabila tangan kanannya tertusuk besi pagar di rumahnya, di Bandar Baru Uda, di sini, malam tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin PBK II Mohd Hairi Nizam Mostapa berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira 10 malam.
"Sejurus menerima panggilan kecemasan, bomba dengan kekuatan 11 anggota dengan sebuah jentera dan sebuah EMRS bergegas ke tempat kejadian.
"Setibanya di kawasan tersebut pihak bomba mendapati terdapat seorang mangsa cedera dengan tangan tertusuk pada besi pagar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata tangan mangsa berusia 15 tahun itu berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan jentera EMRS.
-- BERNAMA
#Bandar Baru Uda
#BBP
#Hospital Sultanah Aminah
#Larkin PBK II Mohd Hairi Nizam Mostapa
#Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat
#remaja lelaki
#tangan tertusuk