Asmah Majid, ibu kepada remaja perempuan 14 tahun yang melarikan diri Ahad lalu, hari ini menyatakan ucapan maaf di laman Facebook.

Asmah memohon maaf sekiranya kehilangan anak perempuannya telah menimbulkan perkara negatif.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas dan kepada rakyat Malaysia yang prihatin dalam mengikuti perkembangan anaknya.


Asssalamualaikum dan selamat pagiUntuk pengetauhan semua saya baru dapat maklumat dari pihak polis yg menyatakan anak...

Posted by Asmah Majid on


BACA: Tindakan tegas perlu elak kes 'nafsu remaja mengatasi akal' - MyWatch

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat hari ini turut mengesahkan rakaman perbualan telefon anak Asmah yang viral di media sosial kononnya diculik oleh dua lelaki dan dilarikan dengan sebuah van putih adalah tidak benar.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Asmah reda dan bersyukur kerana anaknya ditemui oleh anggota polis dalam keadaan selamat.

"Saya kena terima sebab benda ini sudah berlaku. Saya sebagai ibu, saya tabah. Saya rela. Saya kuat. Saya terpaksa terima kebenaran."