Rekod pertambahan kes harian tertinggi COVID-19 jadi tumpuan kenyataan KKM
Hilmi Malik
November 24, 2020 10:44 MYT
November 24, 2020 10:44 MYT
PUTRAJAYA: Malaysia rekod pertambahan kes harian tertinggi COVID-19 iaitu sebanyak 2,188 kes baharu dilaporkan.
Berikut merupakan tumpuan pada kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini (24 November):
1. 2,188 kes baharu COVID-19 direkodkan, kes keseluruhan kini 58,847 kes.
2. Empat kes kematian baharu dilaporkan, jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 341 kes.
3. 112 kes positif sedang dirawat di ICU, 49 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
4. Jumlah kes sembuh sebanyak 1,673 kes.
5. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 14,353 kes.