Reezal Merican ketuai atlet, pegawai sukan terima suntikan vaksin COVID-19
Isabelle Leong
April 13, 2021 11:12 MYT
April 13, 2021 11:12 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selamat menerima dos pertama vaksin COVID-19 di Kompleks Sukan DBKL, Taman Desa Tasek, di sini, pada Selasa.
Reezal Merican menerima suntikan vaksin berkenaan pada pukul 10.29 pagi.
Turut terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini ialah 264 atlet dan pegawai yang layak ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo.
Mereka terdiri daripada 35 atlet paralimpik, 93 atlet Olimpik serta 136 pegawai.
Antara atlet terlibat termasuk ratu gimnastik artistik negara Farah Ann Abdul Hadi, atlet paralimpik Ziyad Zolkefli, atlet memanah Khairul Anuar Mohamad, atlet olahraga paralimpik Mohd Ridzuan Puzi, dan jurulatih badminton paralimpik Datuk Rashid Sidek.
Untuk rekod, 264 individu ini merupakan kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai KBS untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama.
#Reezal Merican Naina Merican
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#atlet
#Kementerian Belia dan Sukan
#COVID-19
#rashid sidek
#KBS