Pengguna lebuh raya yang menggunakan sistem elektronik untuk membayar tol di semua lebuh raya kendalian PLUS berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 15 Februari, manakala rebat tol sebanyak 30 peratus pada 10 Februari 2013.

Semua lorong tambah nilai 'Touch ‘n Go' akan dibuka seperti biasa. Namun begitu, lorong tambah nilai akan ditutup dari masa ke masa mengikut keperluan operasi.

Orang ramai boleh menambah nilai kad masing-masing di semua Pusat Khidmt Pelanggan (waktu operasi 7:00 pagi hingga 10:00 malam) atau kaunter ‘Touch ‘n Go SPOT’ di semua stesen-stesen minyak terpilih di sepanjang lebuh raya.


Pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk mengikuti jadual waktu perjalanan di lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina 2013 bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh melayari www.plus.com.my atau hubungi talian hotline 1-800-88-00-00 untuk maklumat lanjut.