Rebat 2 sen/kWh bagi setiap pengguna elektrik pada 2021 - Shamsul Anuar

Bernama
Disember 23, 2020 18:07 MYT
Pengguna domestik dan industri akan menikmati rebat elektrik sebanyak dua sen/kWh bermula 1 Jan hingga 30 Jun 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengguna domestik dan industri akan menikmati rebat elektrik sebanyak dua sen/kWh bermula 1 Jan hingga 30 Jun 2021, demikian diumumkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata dengan pemberian rebat ini, seramai 7.5 juta pengguna domestik akan mengalami penurunan bil elektrik antara 3.6 peratus dan 9.2 peratus manakala pengguna komersial pula akan mengalami penurunan bil antara 4.0 peratus dan 5.2 peratus.
Katanya bil elektrik untuk pengguna industri akan menurun antara 4.6 peratus dan 6.1 peratus.
- BERNAMA
#rebat elektrik #Menteri Tenaga dan Sumber Asli #Shamsul Anuar Nasarah #bil elektrik #pengguna #domestik dan industri
;