Reaksi Twitter: Ramai batal hasrat mahu guna RON97
Azyyati Ahmad
September 5, 2013 13:21 MYT
September 5, 2013 13:21 MYT
Rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa terkejut dengan kenaikkan harga minyak RON97.
Sebelum ini ramai dikatakan mahu menggunakan minyak yang lebih berkualiti itu, bagaimanapun menarik balik hasrat untuk menggunakannya ekoran kenaikkan harga bahan tersebut yang dianggap masih tinggi.
Namun ada juga merasakan mereka tidak terjejas dengan kenaikkan harga ini, kerana jarang atau tidak langsung menggunakan minyak RON97.
Ini antara reaksi menarik dari Twitter.
Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuatkuasa hari ini.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Samah Bachik.
Sebelum itu kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen Isnin lalu bermula 3 September.
Apa pula pandangan anda? Kongsi bersama kami.