Reaksi rakyat terhadap manifesto Pakatan Rakyat
Astro Awani
Februari 25, 2013 18:32 MYT
Februari 25, 2013 18:32 MYT
Proses Rundingan manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Shah Alam telah selesai.
Penurunan harga petrol, caj elektrik serta air lebih rendah dan penghapusan tol merupakan antara intipati peting manifesto tersebut yang banyak mendapat perhatian.
Isi kandungan manifesto yang dibentangkan mendapat banyak reaksi dari pelbagai pihak terutama sekali memalui laman sosial Twitter.
Orang awam mahupun ahli politik dari pihak kerajaan serta pembangkang masing-masing mempunyai pandangan sendiri mengenai manifesto tersebut.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan berpendapat manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat tidak lain hanya sebagai janji-janji manis pilihan raya.
“Mereka tidak memberikan penjelasan yang menyeluruh bagaimana mereka mahu melaksanakan janji-janti itu semua," kata Rahman Dahlan.
“Datuk Seri Anwar perlu mengambil kira soal bajet yang diperuntukkan. Memansuhkan PTPTN bermakna beliau perlukan berbilion ringgit. Dimana beliau nak dapatkan duit sebanyak ini?”
Bagi Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani mengakui manifesto yang dibentangkan sememangnya mampu menarik minat bakal pengundi.
Walau bagaimanapun, ia perlu melalui kajian yang lebih mendalam terlebih dahulu.
“Perbincangan akademik yang lebih mendalam perlu dilaksanakan untuk meneliti sama ada ianya satu dasar yang praktikal atau tidak untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat persekutuan,” tambah Azizuddin.
Intipati Manifesto Pakatan Rakyat 2013:
RAKYAT BERSAUDARA
Menghapus diskriminasi
Mengiktiraf sumbangan wanita dan warga emas
Merangkum semua aliran pendidikan
Mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963
Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara
Kehormatan amalan beragama
EKONOMI RAKYAT
Satu juta peluang pekerjaan untuk rakyat
Perkongsian produktiviti yang adil melalui gaji minima
Satu juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah
Reformasi pendidikan merangsang ekonomi
Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan
IKS dan inovasi teras ekonomi negara
Pelarasan percukaian rakyat demi kesaksamaan
Ekonomi lestari
Membela ekonomi dan kebajikan perajurit
Memberdayakan usahawan teksi
Pelaburan R&D mencecah 5% dari KDNK
Pengangkutan awam nadi ekonomi negara
Memecah monopoli merancakkan persaingan
KESEJAHTERAAN RAKYAT
Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat denfan menurunkan harga dan menghapuskan monopoli
Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat
Perumahan selesa dan mampu milik untuk semua
Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN
Hapus AES, batal saman AES
Keadilan untuk warga Felda
Keselamatan rakyat
Kemudahan kesihatan asas percuma dijamin
Membina jaringan keselamatan social rakyat
KERAJAAN RAKYAT
Reformasi institusi Islam dan keagamaan
Pakej penggajian dan perkhidmatan baru penjawat awam
Pilihanraya yang bersih, adil dan telus
Reformasi institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, SPRM dan PDRM
Reformasi Parlimen
Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media
Memansuhkan AUKU dan menjamin kebebasan akademik
Memansuhkan semua undang-undang anti rakyat
Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN)
HARAPAN RAKYAT
Malaysia 2023: Sedekad Pentadbiran Pakatan Rakyat