Reaksi rakyat Malaysia berhubung kejadian di Lahad Datu
Arfa Yunus
Mac 1, 2013 18:30 MYT
Mac 1, 2013 18:30 MYT
Rakyat Malaysia melahirkan pelbagai reaksi berhubung kejadian pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu hari ini.
Rata-rata berkongsi rasa sedih atas kehilangan perajurit negara yang terkorban semasa kejadian tersebut.
Kesal dengan kejadian yang berlaku, kebanyakkan rakyat Malaysia melahirkan rasa simpati dengan kejadian menimpa keluarga kedua-dua komando polis yang terbunuh itu.
Mereka turut mendoakan keselamatan para askar dan polis yang sedang bertugas di sana disamping menyedekahkan Al-Fatihah buat anggota polis yang terkorban.