Raya 'mengejut', tetapi masih disambut meriah
Eton Khir
Mei 2, 2022 20:08 MYT
Mei 2, 2022 20:08 MYT
KUALA LUMPUR: Pengumuman sambutan Aidilfitri pada Isnin, ternyata mengejutkan banyak pihak disebabkan ramai tidak menjangkakan situasi tersebut.
Susulan situasi tersebut, ramai yang menjadi kelam kabut kerana belum sempat membuat persiapan raya termasuk membeli barangan mentah, mengemas rumah, dan juga pulang ke kampung halaman.
Meskipun begitu, sambutan hari Raya masih disambut meriah malah tanda pagar #SelamatHariRaya dan #RayaMengejut menjadi tular di Twitter walaupun persiapan akhir dibuat secara mengejut malam tadi.
Bagi pemilik akaun Kamilzamrie, dia berasa teruja dengan situasi masjid yang penuh tahun ini, lebih-lebih lagi setelah dua tahun tidak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid.
Sementara itu, bagi SyahidahDarmawi, meskipun persiapan sedikit kelam-kabut malam tadi namun menu rayanya sempat siap dengan jayanya walaupun terpaksa melakukannya seorang diri.
Ady Zulkefly teruja kerana dapat berkumpul dengan sanak saudara pada lebaran kali ini.
Bagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Daniel Syed Ahmad menerusi siaran langsung khas semalam, mengumumkan tarikh hari Raya adalah pada 2 Mei, iaitu Isnin.