Rasuah PRU14: Sivarraajh akan dipanggil beri keterangan - SPRM

Fareez Azman
Disember 3, 2018 18:42 MYT
Azam berkata pihaknya akan memanggil Sivarraajh untuk diambil keterangan. -Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil penyandang kerusi Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh berhubung kes rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Timbalan Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa keterangan beberapa saksi sedang diambil sebelum pihaknya memanggil Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC itu.
Semalam, Azam mengesahkan SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung keputusan Mahkamah PIlihan Raya pada Jumaat yang membatalkan kemenangan Sivarraajh dalam PRU14 lalu.
BACA: SPRM siasat bekas ahli Parlimen Cameron Highlands
Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas Petisyen Pilihan Raya yang dikemukakan calon DAP M Manogaran membuktikan Sivarraajh bersalah merasuah pengundi Orang Asli untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Mei lalu.
#Azam #C Sivarraajh #Cameron #DAP #M Manogaran #mahkamah #MIC #Orang Asli #Pilihan #Rasuah #saksi #siasatan #SPRM
;