Rasuah projek hibrid solar: Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah - Peguam
Fareez Azman
Februari 18, 2021 11:58 MYT
Februari 18, 2021 11:58 MYT
KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Jagjit Singh memaklumkan anak guamnya kecewa dengan keputusan mahkamah pada Khamis.
“Dia (Rosmah) tidak bercakap, emosi dia terganggu dan dia agak kecewa.
“Kami minta Rosmah untuk pulang ke rumah untuk kurangkan stres,” katanya lagi.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Rosmah membela diri setelah mendapati wujud prima facie berhubung tiga dakwaan rasuah yang dikenakan terhadapnya.
Rosmah berhadapan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan lain menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak.
Rosmah sebelum itu dilihat tenang ketika berada di kandang tertuduh semasa keputusan dibacakan oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Dia bagaimanapun memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 9, 10, 15, 16, 17, 22 dan 23 Jun serta 12 dan 15 Julai untuk sesi pembelaaan kes berkenaan.
#Rosmah Mansor
#Jagjit Singh
#emosi terganggu
#prima facie
#tiga dakwaan rasuah
#Jepak Holdings
#Saidi Abang Samsudin
#projek hibrid solar