Rasuah: Penolong pegawai kesihatan Segamat direman tujuh hari
Raffi Bachik
Februari 7, 2018 14:06 MYT
Februari 7, 2018 14:06 MYT
Seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran yang bertugas di Majlis Perbandaran Segamat (MPS), direman tujuh hari selepas disyaki menerima suapan bernilai RM5,000.
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 57 tahun kerana disyaki menerima wang tersebut daripada pengurus sebuah syarikat pengurusan program dan acara.
Ia sebagai dorongan untuk memudahkan permohonan bagi menganjurkan program di daerah Segamat pada tahun ini yang dikeluarkan Penolong Pendaftar, Ahmad Shakib Ismail.
Penahan suspek sehingga 13 Feburari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (A)(B) Akta SPRM yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima nilai suapan atau RM10,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawa ke perkarangan Mahkamah Majistret Segamat sekitra 9.20 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM.
#Mahkamah Majistret
#Majlis Perbandaran Segamat
#Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
#SPRM
#suapan