KUALA LUMPUR: Orang ramai terutama individu yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah perlu diberi pemahaman yang sempurna bagi mengelakkan mereka terjerat apabila bergelar pemberi maklumat.
Ini kerana, sekiranya individu pemberi maklumat tersilap langkah dan tidak mengetahui status maklumat yang akan diberi itu, ia akan menyebabkan mereka terjerat sekali gus diklasifikasikan sebagai jenayah.
Pengerusi, Jawatankuasa Penilaian Aduan dan Maklumat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr. Noreha Hashim berkata bakal pemberi maklumat juga perlu tahu jenis salah laku yang dikategorikan sebagai rasuah.
"Bakal pemberi maklumat perlu tahu tentang jenis, klasifikasi atau kategori maklumat di tangan masing-masing, sama ada maklumat tersebut adalah maklumat sulit, terhad dan sebagainya.
"Bakal pemberi maklumat perlu fahami pelbagai salah laku dan amat penting untuk mengetahui jenis salah laku yang manakah yang boleh dikategorikan sebagai rasuah," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, beliau berkata bakal pemberi maklumat juga mesti membuat pertimbangan yang mendalam antara kepentingan awam, kerahsiaan kerajaan dan juga tindakan balas, ancaman kepada privasi serta keselamatan diri mereka.
"Sepatutnya, secara ideal, mesti terdapat mekanisme atau prosedur dalam organisasi yang jelas dan boleh dipercayai yang boleh digunakan oleh bakal pemberi maklumat.
"Ini adalah amat penting, mekanisme prosedur ini mestilah boleh dipercayai atau pun meyakinkan bakal pemberi maklumat.
"Sepatutnya bakal pemberi maklumat hanya akan pergi atau membuat laporan secara luaran sebagai langkah terakhir," katanya.
Jelas beliau, sekiranya isu-isu di atas ditangani dan bakal pemberi maklumat diberikan kesedaran dan pendidikan yang diperlukan, ini akan membantu mengatasi rasa tidak pasti sama ada untuk memberi maklumat atau tidak.
Perkara paling penting tegasnya, pendedahan dan pendidikan perlu diperluas kerana ia mampu mengubah persekitaran yang mengelilingi rasuah di negara kita.
Astro Awani
Wed Apr 21 2021

Bakal pemberi maklumat perlu tahu tentang jenis, klasifikasi atau kategori maklumat di tangan masing-masing, sama ada maklumat tersebut adalah maklumat sulit, terhad dan sebagainya. - Foto fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi - Rasuah Busters
Rasuah Busters menegaskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) wajar diluluskan oleh Parlimen bagi membersihkan Malaysia daripada isu rasuah dan salah laku.

'Apa yang kamu buat, jumlah rasuah makin tinggi' - Hakim
Wan Kamarulbahri, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, menggunakan dokumen palsu bagi pelantikan subkontraktor isterinya, tiga tahun lalu.

Gagasan #MalaysiaTanpaRasuah melalui kuasa Undi18
Rakyat Malaysia diseru untuk bangkit memperkasakan dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia.

PRN Johor: Ahli politik diminta ambil ujian personaliti
Ujian RBTag bukanlah untuk mencari salah individu tersebut sebaliknya demi kebaikan bakal calon sendiri.

"Akta Dana Politik, Akta Anti Lompat Parti mungkin tidak ke mana-mana" - Akhbar Satar
Akhbar mendakwa, berdasarkan pemerhatian beliau, kedua-dua akta berkenaan hanya akan 'menjerat tengkuk' ahli politik yang berkuasa.

Rasuah Busters: Biarpun akta belum dibentangkan, rakyat perlu terus dididik benci rasuah
Gejala rasuah mempunyai hubungkait dengan tindakan ahli politik yang melompat parti, sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.

400 NGO tuntut bebaskan politik negara daripada rasuah
Gabungan gergasi itu akan bersama-sama membentangkan beberapa tuntutan penting untuk diambil kira oleh kepimpinan negara.

Rakyat kena jadi penyibuk, lapor kes rasuah - SPRM
Rakyat perlu menjadi 'penyibuk' dalam melaporkan segala kegiatan rasuah yang telah dikenal pasti kepada penguat kuasa bagi tindakan lanjut.

Rasuah organisasi komersial: Penghakiman perlu tegas - IDEAS
Duluan penghakiman itu akan memastikan syarikat-syarikat akan dipertanggung jawab atas setiap salah laku mereka.

Putuskan rantaian rasuah dari 'bilis' sehingga ke 'jerung'
Rasuah perlu diatasi dengan memutuskan rantaian di peringkat kecil atau 'ikan bilis' sehingga ke peringkat atasan atau 'jerung'.