Rasuah berkaitan kesalahan jalan raya: 16 individu ditahan SPRM

Hilal Azmi
September 5, 2018 10:35 MYT
Kesemua 16 suspek akan direman di Mahkamah Pulau Pinang, Shah Alam dan Kota Kinabalu hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seramai 16 individu daripada pelbagai agensi kerajaan penguat kuasa dan swasta kerana memberi dan meminta rasuah, pada Selasa.
Menurut sumber, kesemua individu-individu yang masing-masing berusia lingkungan 29 tahun sehingga 47 tahun ditahan diantara pukul 6.30 pagi hingga 5.30 petang semalam.
Kesemua mereka ditahan secara berasingan di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.
Tambah sumber lagi, mereka yang ditahan adalah termasuk dua wanita.
Siasatan awal mendapati, kesemua suspek terlibat dalam memberi dan menerima rasuah bagi menyelesaikan saman, prosedur keselamatan jalan raya dan pemalsuan lesen memandu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah mengesahkan kesemua penahanan tersebut.
Kesemua mereka akan direman di Mahkamah Pulau Pinang, Shah Alam dan Kota Kinabalu hari ini.
#agensi kerajaan #lesen memandu #lesen palsu #penguat kuasa #pulau pinang #Rasuah #reman #saman #SPRM #suspek #Tahan #Wan Ramli Wan Abdullah
;