RapidKL seru netizen bantu cari fail tercicir

Astro Awani
Mac 28, 2019 22:31 MYT
Nor Syamimi Musa tercicir fail miliknya ketika menggunakan pengangkutan awam di ibu negara pada 19 Mac lepas. - BERNAMA/Fail
RapidKL menyeru netizen yang prihatin untuk tolong membantu seorang pengguna laman Twitter bernama Nor Syamimi Musa untuk mengesan fail miliknya yang tercicir ketika menggunakan pengangkutan awam di ibu negara, pada 19 Mac lepas.
"Kepada semua followers kami yang prihatin, satu RT anda amat bermakna untuk kita temukan kembali fail yang diperlukan. Semoga jasa baik anda dibalas dengan sejuta kebaikan," katanya dalam laman Twitternya, pada Khamis.

Kepada semua followers kami yang prihatin, satu RT anda amat bermakna untuk kita temukan kembali fail yang diperlukan. Semoga jasa baik anda dibalas dengan sejuta kebaikan. #rapidkl #rapidklprihatin https://t.co/dUjP5sdrD7

— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) March 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Nor Syamimi berkata dia tercicir dokumen penting miliknya ketika menggunakan perkhidmatan awam minggu lepas.
Menerusi laman Twitternya, dia berkata sebuah fail berwarna merah jambu yang mengandungi dokumen-dokumen penting di dalamnya telah tercicir

#LostAndFoundKL 19/3/19 Item: A pink file with Sijil Kematian, Borang A, SnP etc Hold the file along the way from HKL-GoKL Bus-Dang Wangi LRT-KL Gateway LRT-KFC KL Gateway-789 RapidKL Bus Really need that docs URGENTLY. Contact me: 0172474644 (Musa)#needhelp #viral #LOST

— Nor Syamimi Musa (@NorSyamimiMusa) March 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"LostAndFoundKL, sebuah file berwarna pink mengandungi sijil kematian, Borang A, SnP dan lain-lain telah tercicir.
"Saya memegang file itu sewaktu melalui Hospital Kuala Lumpur (HKL), menaiki Bas GoKL ke Transit Aliran Ringan (LRT) Dang Wangi sehingga sampai di LRT KL Gateway.
"Seterusnya bergerak menuju ke KFC KL Gateway dan menaiki Bas RapidKL bernombor 789," katanya dalam tweetnya pada Khamis.
Nor Syamimi turut menyatakan sesiapa yang terjumpa fail berkenaan boleh menghubungi Musa di nombor 017-2474644.
#Go KL #LRT #Nor Syamimi Musa #pengangkutan awam #RapidKL #sijil kematian #Twitter
;