Rantau, Statut Rom, Felda... Apa lagi yang dibincang Mahathir dan Anwar?

Astro Awani
April 5, 2019 21:46 MYT
Pertemuan selama 40 minit itu untuk memaklumkan Tun Dr Mahathir mengenai perkembangan kempen Pakatan Harapan (PH) di Rantau. - Astro AWANI
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Anwar memanfaatkan pertemuan selama 40 minit itu untuk memaklumkan Tun Dr Mahathir mengenai perkembangan kempen Pakatan Harapan (PH) di Rantau.
“Tun Dr Mahathir mengulangi seruan agar para pengundi di Rantau untuk memberi sokongan kepada Dr S Streram,” jelas Anwar menerusi laman Facebook rasminya.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan Perdana Menteri turut berkongsi beberapa keputusan penting termasuk penarikan diri Malaysia dari meratifikasi Statut Rom.
Usaha menyelamatkan Tabung Haji dan Felda turut disentuh ketika pertemuan kedua-dua pemimpin itu.
#Anwar Ibrahim #Mahathir Mohamad #pejabat perdana menteri #prk rantau #Putrajaya #Statut Rom
;