Ranking IPTA, kemaruk gajet, antara tumpuan Dewan Rakyat
Bernama
November 27, 2019 09:14 MYT
November 27, 2019 09:14 MYT
Ranking institusi pengajian tinggi awam dan swasta di peringkat global mengikut 'Global Higher Education Ranking System' dijangka menghangatkan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ia dibangkitkan Datuk Aaron Ago Dagang (PRS-Kanowit) yang turut meminta jumlah universiti dan pelajar di Malaysia pada tahun ini, yang mana pertanyaan itu terkandung dalam aturan mesyuarat seperti dipaparkan di laman web Parlimen.
Tidak kurang menarik adalah pertanyaan daripada Datuk Azizah Mohd Dun (PH-Beaufort) yang meminta penjelasan berkaitan tindakan pihak berwajib dalam menangani isu kelekaan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak pada era ini.
Selain itu, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pula ingin tahu punca kelewatan dalam membentangkan Akta Gangguan Seksual di Parlimen serta sama ada akta itu juga akan melindungi kaum lelaki juga yang menjadi mangsa gangguan seksual.
Usai sesi itu, tumpuan persidangan teralih pula kepada pembentangan kali pertama Rang Undang-undang Pengangkutan Barang Melalui Laut (Pindaan) 2019 oleh Kementerian Pengangkutan.
Persidangan kemudian dijangka terarah kepada Rang Undang-undang Perbekalan 2020 berkenaan Belanjawan 2020 yang menyambung perbahasannya.
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.
-- BERNAMA
#Aaron Ago Dagang
#Akta Gangguan Seksual
#Akta Pengangkutan Barang Melalui Laut
#Azalina Othman Said
#azizah mohd dun
#Dewan Rakyat
#Global Higher Education Ranking System
#kemaruk gajet
#Parlimen
#ranking IPTA
#undang-undang
#universiti