Rangkuman 5 Berita Utama: 7 Februari
Astro Awani
Februari 7, 2017 03:31 MYT
Februari 7, 2017 03:31 MYT
Berikut adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
BERIKUT adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
SELEPAS pengakuan pelakon dan pengacara, Neelofa, tentang persahabatannya dengan seorang kerabat diraja, susur masa di semua laman sosial kembali dipenuhi dengan hashtag #lofattah.
Rata-rata peminat fanatik Neelofa dan Fattah Amin dilihat masih tidak boleh move on dan masih menyimpan harapan agar kedua-duanya bertemu jodoh.
Bekas pemegang francais untuk jenama minuman the Chatime Malaysia, Loob Holding, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pemilik francais dari Taiwan, La Kaffa, mengenai pembatalan perjanjian antara mereka.
Portal berita Channel News Asia melaporkan, dakwaan itu disifatkan Loob sebagai ‘tidak benar dan berniat jahat’.
Kerja-kerja menaik taraf Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil di sini giat dijalankan selama 23 jam sepanjang tujuh hari seminggu untuk persiapan Sukan SEA 2017 yang dijadualkan dari 19 hingga 31 Ogos ini.
Walaupun kerja-kerja itu diharap dapat diselesaikan lebih awal bagi membolehkan para atlet negara mempunyai masa latihan yang secukupnya di venue-venue itu sesuai dengan kelebihan Malaysia sebagai pasukan tuan rumah, namun pihak pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tidak akan menggadaikan keselamatan mereka.
Penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang Dayang Nurfaizah menyifatkan penyanyi baharu bertuah kerana berpeluang mempromosi diri dan muncul sebagai penyanyi dalam tempoh yang singkat.
Trend itu, menurut pelantun lagu ‘Lelaki Teragung’ tersebut, sangat berbeza dengan proses yang perlu dilalui oleh penyanyi yang seangkatan dengannya.
Seorang pegawai diplomat Afghanistan ditembak mati pada Selasa oleh seorang pengawal keselamatan di konsulat Afghanistan di sini, dipercayai atas sebab-sebab peribadi.
Setiausaha ketiga konsulat itu telah dibunuh oleh pengawal berkenaan, yang juga warganegara Afghanistan.