Rangkuman 5 Berita Utama: 3 Mac
Astro Awani
Mac 3, 2017 12:23 MYT
Mac 3, 2017 12:23 MYT
BERIKUT adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (3 Mac 2017).
Laporan terus dari lokasi proses pengusiran suspek Korea Utara, Ri Jong Chol, dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam. Sejak pagi, petugas media memantau perkembangan semasa suspek dibawa keluar dari IPD Sepang hingga ke Jabatan Imigresen Putrajaya untuk prosedur selanjutnya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyangkal dakwaan oleh Korea Utara bahawa Kim Chol kemungkinan meninggal dunia kerana serangan jantung.
Khalid kata pakar Malaysia telah pun mengesahkan bahawa Kim Chol mati selepas dua wanita tiba-tiba menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang disembur dengan cecair beracun yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf VX.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung aduan pengguna terhadap perkhidmatan syarikat berkenaan.
Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad berkata tiga perkara utama dikenal pasti menjadi permasalahan kepada pelanggan perkhidmatan KTMB termasuk transaksi yang tidak berjaya tetapi dikenakan caj.
Tentera Syria pada Khamis telah Berjaya mengawal kembali kota usang penuh sejarah, Palmyra, daripada terus dikuasai militan Daish, dengan bantuan tentera sekutu dan pesawat pejuang Rusia, lapor Reuters.
Daish telah menawan Palmyra secara mengejut pada Disember lalu, selepas diusir dari situ lapan bulan sebelumnya.
Mahkamah rayuan Mesir menggugurkan tuduhan membunuh terhadap Hosni Mubarak, berhubung pembunuhan penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat pada 2011.
Ia sekali gus menamatkan perbicaraan terakhir bekas presiden yang memerintah Mesir selama 30 tahun itu.