Rangkuman 5 Berita Utama: 27 Februari

Astro Awani
Februari 27, 2017 12:20 MYT
Rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (23 Februari 2017).
BERIKUT adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (27 Februari 2017).
LAPOR LANGSUNG: Anugerah Oskar 2017
Lapor langsung Anugerah Oskar 2017 yang berlangsung di Los Angeles merupakan antara berita yang mendapat perhatian.
Nokia keluarkan kembali model 3310
Nokia memperkenalkan kembali, produk mereka yang paling popular pada tahun 2000, model 3310 dengan versu warna terang.
Model baru mempunyai skrin yang lebih besar dan berharga hanya 49 euro ($52). Dengan 22 jam masa bercakap dan mampu bertahan sehingga sebulan berpotensi menjadikan ia sandaran untuk pengguna telefon pintar.
Kuala Lumpur disasar lima teratas bandar paling kerap dilawati di dunia
Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan Kuala Lumpur sebagai lima bandar yang paling kerap dikunjungi di dunia.
Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dalam mencapai matlamat dan visi jangka panjang itu, rakyat khususnya warga kota perlu memainkan peranan penting dalam menaikkan imej Kuala Lumpur di mata dunia.
Beliau berkata Kuala Lumpur merupakan 'jendela' kepada negara dan secara tidak langsung sikap, budaya serta perpaduan yang dipamerkan warga kotanya menjadi faktor dalam menarik pelancong.
Lawatan Raja Arab Saudi ke Malaysia buka peluang pelaburan baharu
Kunjungan rasmi kali pertama Raja Salman Abdul Aziz Al-Sa'ud dari Arab Saudi akan membuka peluang baharu kepada komuniti perniagaan Malaysia, khususnya dalam bidang pelaburan berimpak tinggi dan sektor halal.
Presiden Dewan Perdagangan Arab-Malaysia, Mohamed Fauzy Abdul Hamid berkata, kerajaan Arab Saudi juga dijangka mengumumkan beberapa kelonggaran bagi rakyat Malaysia yang ingin memulakan perniagaan di negara itu, khususnya di Makkah.
Lawatan Raja Salman: Era baharu hubungan Malaysia-Arab Saudi
Lawatan sulung Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia disifatkan sebagai satu era baharu dalam hubungan Malaysia-Arab Saudi.
Ketua Misi Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr Zayed Al- Harithi berkata lawatan oleh Penjaga Dua Masjid Suci itu mencerminkan hasrat baginda untuk meningkatkan hubungan kukuh yang sedia terjalin dengan Malaysia.
#berita pilihan #Kuala Lumpur #Nokia #oskar #Raja Salman #rangkuman
;