Rangkuman 5 Berita Utama: 22 Disember
Astro Awani
Disember 22, 2016 10:00 MYT
Disember 22, 2016 10:00 MYT
BERIKUT adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
"Hari ini merupakan hari lahir Mejar Kayamboo yang ke-45, dan hari ini jugalah beliau meninggal akibat nahas pesawat terhempas petang tadi (Rabu)."
Demikian kata rakan seperjuangan kepada juruterbang TUDM Mejar C. Kayamboo yang maut akibat insiden pesawat jenis Beechcraft B200T yang dikendalikannya terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth pada 5.18 petang semalam.
Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya di sini malam semalam, menjadi tumpuan selepas berlakunya insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, petang ini, yang mengorbankan seorang juruterbang.
Tinjauan di hospital itu mendapati 10 anggota TUDM memenuhi perkarangan hospital berkenaan bagi menguruskan mangsa-mangsa yang terlibat.
Lembaga penyiasatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca pesawat malang Beechcraft King Air 200T yang terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan TUDM di sini petang Rabu.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, pesawat itu berusia lebih 20 tahun tetapi tidak pernah mempunyai rekod masalah enjin dan sentiasa diselenggara mengikut jadual.
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 1 Januari depan bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda badan induk itu, bagi membolehkan The Red Warriors terus bersaing dalam Liga Malaysia tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata dalam pertemuan tersebut, kerajaan negeri akan meneliti hasil kongres luar biasa KAFA yang akan diadakan pada 29 Disember ini berhubung perkara tersebut.
bintang program usikan (prank) YouTube kelahiran Arab-Amerika Syarikat mendakwa dia dikeluarkan dari sebuah pesawat penerbangan Delta kerana bertutur dalam bahasa Arab kepada ibunya menerusi telefon bimbit.
Adam Saleh, 23, berkongsi situasi menerusi sebuah video Twitter – mendakwa dia diarahkan keluar dari sebuah pesawat yang dijadualkan berlepas ke New York dari London pada pagi Rabu.
“Kami bercakap bahasa yang berlainan dalam pesawat, dan kini kami ditendang keluar," kata Adam, yang dalam perjalanan ke New York dengan kawannya yang dikenali sebagai Slim Albaher.