Rangkuman 5 Berita Utama: 20 Januari
Astro Awani
Januari 20, 2017 11:37 MYT
Januari 20, 2017 11:37 MYT
BERIKUT adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Penambahbaikan sistem perkhidmatan awam dalam menyediakan peluang untuk penjawat awam muda mendominasi Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan golongan belia yang diadakan malam tadi.
Menurut salah seorang peserta, Wan Abdul Hadi Wan Muhammad Shafie, penambahbaikan itu penting memandangkan kebanyakan penjawat awam muda turut mempunyai aspirasi untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia antara yang terbaik di dunia.
Gara-gara terlanggar sebuah kereta mewah dipercayai milik seorang 'Datuk', seorang pemandu lori dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki yang didakwa tidak berpuas hati dengan insiden yang tidak dapat dielakkan itu.
Aksi beliau dipukul, ditendang dan ditumbuk dirakam dalam sebuah video yang viral pada Khamis.
Sebanyak lapan buah premis perniagaan di Kea Farm hangus dijilat api dalam satu kebakaran di Jalan Kg Raja-Brinchang di sini pada awal pagi Jumaat.
Kejadian yang berlaku di kawasan tumpuan ramai sekitar jam 12 tengah malam itu turut melibatkan kedai-kedai cenderamata dan sayuran serta sebuah restoran.
Ibu kepada anak angkat aktres hollywood Angelina Jolie iaitu Mantewab Dawit Lebiso merayu mahu bertemu dan melepas rindu terhadap anaknya yang berada di bawah jagaan pelakon itu.
Menurut Daily Mail, wanita berusia 31 tahun itu tiba-tiba muncul untuk berjumpa dengan anaknya yang ditinggalkannya kira-kira 10 tahun lalu di sebuah rumah kebajikan.
Seorang lelaki warga Jordan didakwa menikam mati isteri dan dua anak perempuannya dalam satu insiden ‘bunuh demi maruah', lapor AFP.
Sumber kehakiman menyebut bahawa lelaki berusia 28 tahun itu dituduh melakukan pembunuhan 'terancang' berkenaan pada Rabu di bandar Ramtha di utara negara itu.
#Angelina Jolie
#kea farm
#pemandu lori dibelasah
#pembunuhan bermaruah
#rangkuman berita utama
#TN50