Rangka pesawat Hawk 108 berjaya dikesan

Astro Awani
Jun 16, 2017 17:45 MYT
Rangka pesawat tersebut dijumpai berdekatan Kampung Yak Yah, Chukai, Kemaman pada jam 10.27 pagi tadi. -Foto TUDM
Pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan kedudukan rangka pesawat Hawk 108 yang terhempas pada Khamis.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas Tentera Udara, rangka pesawat tersebut dijumpai berdekatan Kampung Yak Yah, Chukai, Kemaman pada jam 10.27 pagi tadi.
Menurut kenyataan tersebut, rangka pesawat malang itu dikesan oleh pasukan mencari TUDM dengan menggunakan helikopter EC 725 pagi tadi.
Beberapa anggota ditempatkan di kawasan tersebut bagi mengenal pasti rangka pesawat berkenaan jam 10.27 minit pagi.
Kerja-kerja mengeluarkan rangka pesawat kini giat dijalankan.
Lembaga penyiasatan yang diketuai oleh Lt Kol John Sham a/l Alagarsamy bersama tiga pegawai TUDM telah berada di lokasi kejadian.
#EC 725 #Hawk 108 #John Sham a l Alagarsamy #Markas Tentera Udara #pesawat #tentera #terhempas #TUDM
;