Rangka manusia dijumpai di Gemas

Bernama
April 29, 2024 15:35 MYT
Amiruddien berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan tersebut. - Gambar fail/Astro AWANI
SEREMBAN: Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan tersebut.
"Berdasarkan maklumat, polis ke lokasi kejadian seterusnya menjumpai rangka manusia iaitu bahagian pinggul hingga kaki di dalam parit kering dan sebuah motosikal.
"Turut dijumpai topi keledar dan tali pinggang serta tengkorak manusia... jarak rangka manusia dengan motosikal itu lebih kurang 15 meter (m), rangka tulang belakang 10m serta tengkorak lebih kurang 80m," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata rangka berkenaan dihantar ke bilik mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Amiruddien berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian.
-- BERNAMA
#DNA #rangka manusia #mati mengejut #orang awam