Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen ditangguhkan untuk dibentang pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika memaklumkan perkara itu berkata semua kertas dan dokumen berkenaan rang undang-undang itu pada perbahasan kali ini, ditarik balik.
Dewan sebelum itu membahaskan rang undang-undang berkenaan untuk bacaan kali kedua pada kira-kira 7.30 malam sebelum berhenti rehat pada 7.50 malam Khamis, setelah tiada persetujuan dicapai mengenai perkara yang dibincangkan.
Beberapa Anggota Parlimen meminta ia disemak semula dengan memohon amaun lebih tinggi berbanding Anggota Dewan Undangan di beberapa negeri, dengan alasan mereka menggalas pelbagai tanggungjawab dan tugas yang semakin banyak dan mencabar.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin kemudian meminta semua pihak bertenang dan menunggu pengumuman Shahidan mengenainya.
Pada Rabu, rang undang-undang itu yang turut menyentuh kenaikan gaji Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat serta Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dibentang untuk bacaan kali pertama.
Gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dicadangkan naik daripada RM6,508.59 kepada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM4,112.79 kepada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (daripada RM10,847.65 kepada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (daripada RM14,707.20 kepada RM20,000).
Ketika ini, Anggota Parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.
Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.
Pada 2011, kerajaan menarik balik cadangan menaikkan gaji dan elaun 222 anggota Parlimen berikutan bantahan Anggota Parlimen pembangkang.
Dalam pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata elaun anggota Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan gred 54 kepada bersamaan Jusa C manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.
Bernama
Thu Nov 27 2014
![Rang undang-undang kenaikan gaji, elaun anggota Parlimen ditangguhkan Rang undang-undang kenaikan gaji, elaun anggota Parlimen ditangguhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/81396260658_295x200.jpg)
Rang undang-undang kenaikan gaji, elaun anggota Parlimen ditangguhkan.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Antara Tun Mahathir dan Azmin, siapa yang berbohong? - Annuar Musa Antara Tun Mahathir dan Azmin, siapa yang berbohong? - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/71493608873_AnnuarMusa.jpg)
Antara Tun Mahathir dan Azmin, siapa yang berbohong? - Annuar Musa
Kata Annuar, beliau sangat mengenali Tun Mahathir dan berpendapat ada kemungkinan kenyataan perdana menteri itu tidak bersifat literal.
![Pembangkang isytihar harta, munasabah - Penganalisis politik Pembangkang isytihar harta, munasabah - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537927279_MenaraSPRM.jpg)
Pembangkang isytihar harta, munasabah - Penganalisis politik
Gesaan kepada pemimpin pembangkang supaya membuat pengisytiharan harta secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan adalah munasaba
![Ahli Parlimen nafi beri wang sogokan untuk tarik balik laporan kes cabul Ahli Parlimen nafi beri wang sogokan untuk tarik balik laporan kes cabul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51519975797_WomenSilhoutte.jpg)
Ahli Parlimen nafi beri wang sogokan untuk tarik balik laporan kes cabul
Ahli Parlimen itu mendakwa beliau sendiri tidak tahu keluarga mangsa telah bertindak menarik balik laporan tersebut.
![PKR dakwa mangsa cabul disogok tarik balik aduan PKR dakwa mangsa cabul disogok tarik balik aduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540826584_cabulsogok.jpg)
PKR dakwa mangsa cabul disogok tarik balik aduan
Mohammad Faisol Abd Rahman mendakwa sehingga kini tiada tangkapan atau tindakan dikenakan terhadap bekas menteri itu.
![Najib dan anggota Parlimen terima kunjungan peserta program Mantap Najib dan anggota Parlimen terima kunjungan peserta program Mantap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71445214635_NajibMantap.jpg)
Najib dan anggota Parlimen terima kunjungan peserta program Mantap
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota-anggota Parlimen BN menerima kunjungan peserta Program Internship Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) Ke-5 di Seri Perdana di sini.
![Tiada istilah kekebalan pada anggota Parlimen langgar undang-undang - Abu Zahar Tiada istilah kekebalan pada anggota Parlimen langgar undang-undang - Abu Zahar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/61418011558_295x200.jpg)
Tiada istilah kekebalan pada anggota Parlimen langgar undang-undang - Abu Zahar
Tiada istilah kekebalan jika mana-mana anggota Parlimen mengeluarkan kenyataan berhubung kait isu hasutan semasa berhujah di dalam persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.