Rampasan rokok bernilai RM1 juta dari Thailand

Astro Awani
Julai 25, 2013 09:20 MYT
Jabatan Kastam Thailand di sini berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki rakyat negara itu menyeludup 127,500 karton rokok tiruan untuk pasaran Malaysia yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta termasuk cukai bulan lalu.
Pengarah Biro Empat Jabatan Kastam Songkla, Prayut Manichat berkata, kejayaan rampasan itu adalah hasil kerjasama dan perkongsian maklumat pihaknya dengan Jabatan Kastam diraja malaysia.
Katanya, kesemua karton rokok yang dimuatkan dalam 255 kotak besar itu diangkut menggunakan dua buah lori sembilan tan ditahan di gudang kastam Sadoa pada 7 Jun lalu.
Tambahnya, rokok jenama John Red dan John White itu dianggarkan bernilai hampir 80,000 dan cukai kira-kira RM1 juta.
Hadir sama Ketua Cawangan Penguatkuasa Kastam Bukit Kayu Hitam Muhd Marzuki Ahmad.
Menurut Prayut, rokok itu dipercayai dibawa dari kemboja melalui bangkok dalam perjalanan ke malaysia sebelum ditahan di sini.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam BE 2467 yang memperuntukkan denda dua kali ganda nilai rampasan dan barangan tersebut akan dimusnahkan.
Sementara itu, Muhd Marzuki berkata pihaknya boleh mengesan status rokok itu sama ada tulen atau palsu menerusi kad ujian kotak rokok.
“Kes rokok ini ditangkap transit daripada Kemboja kemudian masuk ke Thailand masuk ke ‘warming hous’e untuk transit hantar ke Malaysia tetapi sampai di sini apabila Kastam memeriksa cip itu ada campur tangan, Kastam Malaysia boleh tahu rokok ini, rokok seludup.
Difahamkan sekotak rokok tulen jenama john berisi 20 batang dijual pada harga lebih RM7 di Malaysia manakala rokok tiruan sekitar RM 2 sekotak.
#rampas #rokok #Thailand
;